Tuesday, September 8, 2015

Resepi 2 # Roti John Daging

Assalamualaikum

Ya allah, lama sungguh tak update blog nie, almost 1 year kitchen experiment tak update blog nie, sungguh dalam tempoh setahun nie, sungguh banyak resepi yang kitchen experiment dah cuba, insyaallah akan di share di blog nie.
hari ini kitchen experiment nak share resepi roti john  yang simple dan mudah
resepi nie buat pertama kali nyer di buat pada bulan ramadhan yang lepas,
teringin sangat nak makan roti john yang penuh dengan daging, tapi bila pergi ke bazaar ramadhan, susah betul nak dapat roti john yang sedap dan banyak isinya.

meh kita tengok apa resepi untuk roti john yang mudah ini,



Homemade Roti John

Bahan-bahan

10 keping Roti Hot dog

Satu tiub daging kisar

3 biji bawang besar

1 sudu serbuk kari

8 biji telur

Sedikit daun bawang and daun sup

Garam

Black pepper kasar

Mayonis

Sos cili

Timun (jika perlu)

Butter ( untuk memasak)

Cara – Cara

1. Amik 2 biji bawang besar didadukan, dan 1 biji lagi di hiris untuk hiasan

2. Potong halus2 daun bawang dan daun sup

3. Daging kisar yang telah di lembutkan di gaul dengan black peper, garam, serbuk kari. Gaul sehingga sebati

4. Masakkan daging kisar tersebut sehingga Ia masak, tak perlu letak minyak.

5. Selepas daging dah di masak, ketepikan

6. Potong bahagian tengah roti hot dog

7. Dalam mangkuk yang berlainan, pecahkan 4 biji telur, campurkan daging, daun bawang n daun sup, bawang, black pepper kasar sikit, garam sikit, letak la serbuk kari sikit jika perlu

8. Kacau bahan tersebut hingga sebati

9. Kemudian guna periuk leper or magic pan boleh, letakkan sedikit butter untuk di jadikan minyak memasak, selepas butter dah cair, tuang bancuhan tadi perlahan2 mengikut size roti hotdog tadi. Lebih senang guna sudu untuk meletak bahan campuran tadi

10. Biarkan bancuhan telur tadi namapk macam setengah masak, letak roti yang dah dipotong tengahnya di atas telur tadi

11. Tekan sikit roti tersebut supaya ia melekat, biarkan dia masak dalam 3-4 minit, kemudian tebalikkan, then biarkan roti tersebut garing sikit dalam 2 minit.

12. Angkat letak didalam pinggan, sapukan mayonis di permukaan roti tadi, letakkan sos cili n sos pepper (jika perlu). Kemudian hiaskan dengan timun. Sedia dimakan ketika panas.

 

Selamat mencuba!

 

 


Tuesday, October 14, 2014

Resepi 1 # Chicken/ Beef Panini

Assalamualaikum wbt

Hi


Alhamdullilah my first experiment untuk keluarga.
dah lama nak buat panini nie. First masa tengok resepi nie, masa saya tengok rancangan giada kat astro. Resepi yang simple dan mudah untuk buat. 
resepi nie kena guna panini grill, tapi saya takde panini grill, jadi kena guna cara saya.
Cara saya ialah saya just guna tudung periuk dan jug air 
basically nak kena tekan je dia.. resepi yang mudah dan simple untuk keluarga for breakfast or dinner. Korang boleh  buat chicken, beef or apa apa untuk inti nyer.
saya guna chicken peperoni. Sebenarnya panini nie macam sandwich, tapi sandwich yang di grill dalam panini.. tu yang di panggil panini chicken of beef. 
Panini nie bagus di buat kalau sebelum tu ada lebihan makan macam ayam or daging or sate ke.. boleh korang buat sandwich panini nie.. 
tapi terpulang la pada citarasa masing masing.

Jom kiter tengok resepi... 


Bahan - Bahan
Oleh: Giada at Home
Di Olah : My Kitchen Experiment
4 - 5 Pax

1 Buku Roti ( roti untuk sandwich or roti gardenia pun boleh)
1 Paket Chesdale or mana cheese yang sesuai untuk sandwich
1 Paket Chicken Peperoni
Mayonis kewpie blackpepper
1/4 Cawan Corn Oil
Salad untuk hiasan

Cara - Cara

1. Potong roti kepada beberapa keping


2. Ambil satu keping roti dan Layangkan minyak corn oil di atas badan roti dengan mengunakan sudu
3. Letakkan cheese
4. Letakkan chicken pepperoni dalam 6 keping
5. Letakkan salad
6. Letakkan Mayonis Kewpie Blackpepper di atas salad tersebut


7. Tutupkan salad tersebut dengan satu lagi keping roti.
8. Panaskan Pan dan letakkan sedikit minyak corn oil. Kemudian letakkan roti tadi kemudian amik tudung periuk dan letakkan di atas roti tadi. Himpap tudung periuk tersebut dengan benda berat. saya guna jug air je. 
9. Masak dalam 5 minit dan alihkan permukaan satu lagi. masak sehingga roti tersebut garing dan cheese tadi cair sepenuhnya


10. Hidangkan dengan sos cili.

Enjoy !



Wednesday, October 8, 2014

The Kitchen Experiment

Assalamualaikum

My second blog, tapi blog nie more focus untuk experiement memasak ku.. heheh
mencuba pelbagai masakan untuk keluarga..
saya bukan la seorang chef or pakar dalam memasak..
saya hanyalah seorang dummies dalam dunia masakan..
and a domestic goddess wannabe :p heheh
terapi diriku adalah memasak dan juga keinginan memasak untuk keluarga

akan berkongsi segala experiment ku di dalam blog nie...

see you in next entry!!