Tuesday, September 8, 2015

Resepi 2 # Roti John Daging

Assalamualaikum

Ya allah, lama sungguh tak update blog nie, almost 1 year kitchen experiment tak update blog nie, sungguh dalam tempoh setahun nie, sungguh banyak resepi yang kitchen experiment dah cuba, insyaallah akan di share di blog nie.
hari ini kitchen experiment nak share resepi roti john  yang simple dan mudah
resepi nie buat pertama kali nyer di buat pada bulan ramadhan yang lepas,
teringin sangat nak makan roti john yang penuh dengan daging, tapi bila pergi ke bazaar ramadhan, susah betul nak dapat roti john yang sedap dan banyak isinya.

meh kita tengok apa resepi untuk roti john yang mudah ini,



Homemade Roti John

Bahan-bahan

10 keping Roti Hot dog

Satu tiub daging kisar

3 biji bawang besar

1 sudu serbuk kari

8 biji telur

Sedikit daun bawang and daun sup

Garam

Black pepper kasar

Mayonis

Sos cili

Timun (jika perlu)

Butter ( untuk memasak)

Cara – Cara

1. Amik 2 biji bawang besar didadukan, dan 1 biji lagi di hiris untuk hiasan

2. Potong halus2 daun bawang dan daun sup

3. Daging kisar yang telah di lembutkan di gaul dengan black peper, garam, serbuk kari. Gaul sehingga sebati

4. Masakkan daging kisar tersebut sehingga Ia masak, tak perlu letak minyak.

5. Selepas daging dah di masak, ketepikan

6. Potong bahagian tengah roti hot dog

7. Dalam mangkuk yang berlainan, pecahkan 4 biji telur, campurkan daging, daun bawang n daun sup, bawang, black pepper kasar sikit, garam sikit, letak la serbuk kari sikit jika perlu

8. Kacau bahan tersebut hingga sebati

9. Kemudian guna periuk leper or magic pan boleh, letakkan sedikit butter untuk di jadikan minyak memasak, selepas butter dah cair, tuang bancuhan tadi perlahan2 mengikut size roti hotdog tadi. Lebih senang guna sudu untuk meletak bahan campuran tadi

10. Biarkan bancuhan telur tadi namapk macam setengah masak, letak roti yang dah dipotong tengahnya di atas telur tadi

11. Tekan sikit roti tersebut supaya ia melekat, biarkan dia masak dalam 3-4 minit, kemudian tebalikkan, then biarkan roti tersebut garing sikit dalam 2 minit.

12. Angkat letak didalam pinggan, sapukan mayonis di permukaan roti tadi, letakkan sos cili n sos pepper (jika perlu). Kemudian hiaskan dengan timun. Sedia dimakan ketika panas.

 

Selamat mencuba!

 

 


No comments:

Post a Comment